Wednesday, 16 November 2016

CARA MEMELIHARA ARNAB YANG BARU DILAHIRKAN

Selamat Datang!! :)

Panduan Penjagaan Anak Arnab yang Baru Dilahirkan.




- Anak arnab yang baru lahir tidak mempunyai bulu, buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

-Pada masa ini makanan utamanya ialah susu ibu. Sehinggalah pada umur 14-16 hari, anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

  • Bagi arnab yang melahirkan anak buat kali pertama, kebanyakan anaknya akan mati. Perkara ini merupakan perkara yang sering berlaku kepada arnab yang menjadi ibu buat kali pertama. Hal ini kerana ia masih belum berkemampuan untuk menjaga anak-anaknya secara menyeluruh. Kelahiran berikutnya akan menjadi lebih baik.
  • Pastikan arnab yang baru lahir mendapat susu secukupnya daripada ibu arnab. 
  • Si ibu harus diajar cara untuk menyusukan anaknya. Dalam keadaan ini, pemilik arnab perlu membaringkan ibu arnab di atas riba (sambil menghadap mukanya). Kemudian, letakkan seekor anak arnab di atas perut ibu arnab sambil menyuakan mulut anak arnab pada puting susu ibu arnab. Lakukannya selama 10-15 minit atau sehingga anak arnab itu merasa kenyang.
  • Puting susu akan dilepaskan oleh anak arnab dan ia akan tertidur dengan sendirinya di atas perut ibu arnab apabila ia sudah kenyang. Langkah yang sama dilakukan ke atas anak-anak arnab yang lain.
  • Selepas itu, ibu arnab akan mula menyusukan anaknya dengan sendiri. Sebagai informasi tambahan, arnab merupakan haiwan yang bersifat pemalu. Sebagai contoh, ia tidak akan menyusukan anaknya jika dilihat oleh orang lain. Kebiasaannya, ibu arnab akan menyusukan anak-anaknya dua kali sehari iaitu pada tengah malam dan awal pagi. Pemilik arnab dinasihatkan untuk memantau anak-anak arnab secara kerap supaya dapat memastikan keadaan anak-anak arnab tersebut.
  • Kami menyarankan supaya ibu arnab tersebut diberi alfalfa hay supaya dapat meningkatkan kadar pengeluaran susu.

Tuesday, 15 November 2016

PANDUAN PENJAGAAN ARNAB BUNTING

Selamat Datang!! :)

Cara-cara Menjaga Arnab yang Sedang Bunting.

*PENGIRAAN HARI BUNTING BERMULA DARIPADA HARI MENGAWAN*

1. Pemakanan ibu bunting amat penting untuk kesihatan anak dan juga penghasilan susu apabila  anaknya lahir kelak. Seawal 2 minggu usia bunting, Ibu arnab mula diberi makanan berkhasiat seperti :


Antara kelebihan alfalfa hay kepada arnab anda ialah:
- Membekalkan sumber protein
- Memperbanyakkan kandungan susu arnab
-Menjaga sistem usus arnab
- Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
- Membekalkan sumber kalsium



Antara kelebihan ginseng jawa kepada arnab anda ialah:
- Meningkatkan kesuburan arnab
- Mencergaskan peliharaan
- Memperbanyakkan kandungan susu arnab


Antara kelebihan rolled oats kepada arnab anda ialah:
- Membekalkan protein yang tinggi kepada arnab
- Membantu pross molting
- Mencantikkan bulu arnab
- Meningkatkan berat arnab

2. Pada hari ke 26 bunting, sediakan bakul beranak untuk ibu arnab membuat sarang. Sesetengah penternak menggunakan kotak beranak dan ada juga menggunakan bakul beranak. Kami menyarankan penggunaan bakul beranak kerana ia mudah didapati. Pastikan bakul/ kotak beranak tidak terbalik apabila ibu arnab menolaknya dan pastikan tapak bakul mempunyai lubang untuk memastikan air kencing ibu arnab tersebut mengalir dan tidak bertakung didalam bakul.

Bakul beranak

3. Pada hari ke 27 bunting, kebiasaannya ibu arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk membuat sarang. Ia akan mengumpul bulu yang dicabut serta hay-hay yang terdapat didalam sangkarnya dan akan dimasukkan  ke dalam bakul beranak yang di sediakan.

4. Pada hari ke 28 bunting, ibu arnab akan beranak di dalam bakul yang di sediakan.


5. Ibu arnab perlu  diberi makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu yang banyak dan kesihatan yang baik.

6. Jika jumlah anak melebihi 8 ekor, tumpangkan anak tersebut kepada ibu lain (jika ada ibu lain yang beranak sama tarikh atau hampir).

7. Kebiasaannya ibu arnab akan menyusukan anaknya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.

8. Ibu arnab akan menyusukan anaknya sehingga usia anak menjangkau 2 bulan.

9. Pada hari ke 5, bulu anak arnab akan mula tumbuh dan pada hari ke 11 hingga 14, anak arnab akan mula celik.





PANDUAN PENJAGAAN ARNAB "TEDDY BEAR"

Selamat Datang!!

Cara-cara Memelihara Arnab "Teddy Bear"



Arnab merupakan salah satu haiwan peliharaan yang perlu dijaga dengan rapi untuk memastikan ia sentiasa kelihatan gebu dan menawan. Oleh itu, Bunnies World dengan besar hatinya ingin berkongsi dengan anda tentang panduan penjagaan arnab jenis TEDDY BEAR yang sedikit sebanyak bakal  membantu anda mengendalikan arnab anda.

1) BERI MAKANAN DAN AIR BERSIH SETIAP HARI. Pemberian kuantiti makanan adalah berbeza-beza bagi arnab diusia bawah 5 bulan dengan arnab diusia 6 bulan ke atas. Arnab yang usianya bawah 5 bulan perlu diberi makan pellet secukupnya, manakala 6 bulan ke atas harus disukat kuantiti pelletnya bergantung kepada berat dan usia arnab. Timothy hay baik untuk arnab 6 bulan ke atas sebagai makanan ruji iaitu pemberian tanpa had, baik di siang hari atau malam hari. Manakala alfalfa hay baik untuk anak arnab bawah 5 bulan dan untuk induk yang mengandung serta menyusukan anak. Hal ini kerana alfalfa mengandungi kandungan protein yang baik untuk tumbesaran. Sayur-sayuran basah dan buah-buahan boleh diberikan sebagai ‘treat’ kepada arnab anda, tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Waktu malam adalah waktu paling aktif bagi arnab, maka arnab akan makan lebih banyak diwaktu malam. Jadi jangan lupa untuk sediakan makanan yang secukupnya dan bekalkan air bersih yang ditukarkan setiap hari.




2) BERSIHKAN SANGKAR ARNAB DENGAN KERAP. Sangkar yang kotor bukan sahaja akan mengundang bakteria, fungus dan juga makhluk perosak serta mampu membahayakan kesihatan arnab, malahan diri anda juga.

3) BERI PERHATIAN KEPADA ARNAB ANDA SETIAP HARI. Bermainlah dan luangkan masa dengan arnab anda sekurang-kurangnya sekali sehari agar arnab anda rasa disayangi. Jika anda merancang untuk melancong atau ke mana-mana sahaja, pastikan ada individu yang boleh membantu anda untuk menjaga arnab anda.




4) SEDIAKAN PERMAINAN UNTUK ARNAB ANDA. Tidak perlu barangan mahal, cukuplah sekadar role tisu yang sudah tidak digunakan, mahupun loceng dan biarkan arnab anda bermain bersama barangan tersebut. Pastinya keletah arnab akan mengundang senyum dibibir anda.

5) LAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN DI KLINIK HAIWAN. Rutin pemeriksaan arnab ke klinik haiwan harus dilakukan, seminimumnya adalah 6 bulan sekali. Hal ini bagi memastikan arnab diberi imunisasi merentang penyakit bahaya seperti kurap dan cacing.





6) LEPASKAN ARNAB ANDA DI KAWASAN BEBAS MAKHLUK PEROSAK. Pastikan arnab dibiar lepas bebas dikawasan yang tidak terdapat haiwan pemangsa dan makhluk perosak seperti kutiu mahupun cacing.


7) SEDIAKAN RUANG SANGKAR YANG SELESA UNTUK ARNAB ANDA. Jangan letakkan arnab dalam sangkar yang terlalu kecil mahupun terlalu banyak bilangan arnab dalam satu-satu sangkar. Pastikan arnab diletakkan seekor sahaja dalam setiap sangkar bagi memudahkan tugas memantau kesihatan dan proses mengawan arnab anda.

8) TIDAK PERLU MEMANDIKAN ARNAB ANDA. Lumrahnya, seperti haiwan lain arnab akan membersihkan diri sendiri. Namun jika arnab didapati terlalu kotor, cukuplah sekadar menggunakan ‘dry shampoo’ iaitu shampoo arnab tanpa bilas. Ditakuti jika arnab yang tidak biasa dimandikan akan mati secara tiba-tiba kerana terkejut dengan perubahan suhu badan.

9) PEGANG ARNAB DENGAN CARA YANG BETUL. Jangan pegang arnab dengan mengangkat kedua-dua telinganya sahaja kerana dibahagian telinga arnab terdapat jutaan saraf yang dikhuatiri jika tersalah pegang akan membahayakan arnab anda. Genggam kulit belakang badan arnab dan tampung badan arnab dengan sebelah tangan lagi atau peluk arnab macam peluk kucing (itu pun kalau arnab anda tidak menendang dan mencakar).





Itu sahaja. Selamat memelihara arnab =)

Sebarang pertanyaan mengenai pembelian arnab "Teddy Bear" boleh dilakukan melalui talian: 01137889927

Monday, 14 November 2016

ARNAB "TEDDY BEAR" UNTUK DIJUAL!!

Selamat Datang!!

Jualan Arnab "Teddy Bear" Kini Dibuka! :)

Adakah anda sedang mencari haiwan peliharaan untuk dibelai? Inginkan haiwan peliharaan yang comel dan gebu tetapi tidak tahu ingin mendapatkannya di mana? Seandainya anda mempunyai komitmen yang tinggi dalam memelihara arnab dan menyukai arnab, kami sedia membantu anda! Berikut merupakan antara arnab yang kami tawarkan. :)











Kini anda mampu untuk memiliki haiwan peliharaan yang comel dan gebu bermula daripada RM99(harga mengikut usia dan kematangan arnab) dengan hanya menggunakan hujung jari anda!! Jika anda seorang pencinta arnab, maka andalah yang kami nantikan. Hubungi kami segera sebelum menyesal tak terhingga!!


Sebarang pertanyaan mengenai pembelian arnab "Teddy Bear", hubungi kami di talian: 01137889927