Tuesday, 15 November 2016

PANDUAN PENJAGAAN ARNAB BUNTING

Selamat Datang!! :)

Cara-cara Menjaga Arnab yang Sedang Bunting.

*PENGIRAAN HARI BUNTING BERMULA DARIPADA HARI MENGAWAN*

1. Pemakanan ibu bunting amat penting untuk kesihatan anak dan juga penghasilan susu apabila  anaknya lahir kelak. Seawal 2 minggu usia bunting, Ibu arnab mula diberi makanan berkhasiat seperti :


Antara kelebihan alfalfa hay kepada arnab anda ialah:
- Membekalkan sumber protein
- Memperbanyakkan kandungan susu arnab
-Menjaga sistem usus arnab
- Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
- Membekalkan sumber kalsium



Antara kelebihan ginseng jawa kepada arnab anda ialah:
- Meningkatkan kesuburan arnab
- Mencergaskan peliharaan
- Memperbanyakkan kandungan susu arnab


Antara kelebihan rolled oats kepada arnab anda ialah:
- Membekalkan protein yang tinggi kepada arnab
- Membantu pross molting
- Mencantikkan bulu arnab
- Meningkatkan berat arnab

2. Pada hari ke 26 bunting, sediakan bakul beranak untuk ibu arnab membuat sarang. Sesetengah penternak menggunakan kotak beranak dan ada juga menggunakan bakul beranak. Kami menyarankan penggunaan bakul beranak kerana ia mudah didapati. Pastikan bakul/ kotak beranak tidak terbalik apabila ibu arnab menolaknya dan pastikan tapak bakul mempunyai lubang untuk memastikan air kencing ibu arnab tersebut mengalir dan tidak bertakung didalam bakul.

Bakul beranak

3. Pada hari ke 27 bunting, kebiasaannya ibu arnab akan mencabut bulunya sendiri untuk membuat sarang. Ia akan mengumpul bulu yang dicabut serta hay-hay yang terdapat didalam sangkarnya dan akan dimasukkan  ke dalam bakul beranak yang di sediakan.

4. Pada hari ke 28 bunting, ibu arnab akan beranak di dalam bakul yang di sediakan.


5. Ibu arnab perlu  diberi makanan yang berkhasiat untuk penghasilan susu yang banyak dan kesihatan yang baik.

6. Jika jumlah anak melebihi 8 ekor, tumpangkan anak tersebut kepada ibu lain (jika ada ibu lain yang beranak sama tarikh atau hampir).

7. Kebiasaannya ibu arnab akan menyusukan anaknya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.

8. Ibu arnab akan menyusukan anaknya sehingga usia anak menjangkau 2 bulan.

9. Pada hari ke 5, bulu anak arnab akan mula tumbuh dan pada hari ke 11 hingga 14, anak arnab akan mula celik.





No comments:

Post a Comment