Wednesday, 16 November 2016

CARA MEMELIHARA ARNAB YANG BARU DILAHIRKAN

Selamat Datang!! :)

Panduan Penjagaan Anak Arnab yang Baru Dilahirkan.




- Anak arnab yang baru lahir tidak mempunyai bulu, buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

-Pada masa ini makanan utamanya ialah susu ibu. Sehinggalah pada umur 14-16 hari, anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

  • Bagi arnab yang melahirkan anak buat kali pertama, kebanyakan anaknya akan mati. Perkara ini merupakan perkara yang sering berlaku kepada arnab yang menjadi ibu buat kali pertama. Hal ini kerana ia masih belum berkemampuan untuk menjaga anak-anaknya secara menyeluruh. Kelahiran berikutnya akan menjadi lebih baik.
  • Pastikan arnab yang baru lahir mendapat susu secukupnya daripada ibu arnab. 
  • Si ibu harus diajar cara untuk menyusukan anaknya. Dalam keadaan ini, pemilik arnab perlu membaringkan ibu arnab di atas riba (sambil menghadap mukanya). Kemudian, letakkan seekor anak arnab di atas perut ibu arnab sambil menyuakan mulut anak arnab pada puting susu ibu arnab. Lakukannya selama 10-15 minit atau sehingga anak arnab itu merasa kenyang.
  • Puting susu akan dilepaskan oleh anak arnab dan ia akan tertidur dengan sendirinya di atas perut ibu arnab apabila ia sudah kenyang. Langkah yang sama dilakukan ke atas anak-anak arnab yang lain.
  • Selepas itu, ibu arnab akan mula menyusukan anaknya dengan sendiri. Sebagai informasi tambahan, arnab merupakan haiwan yang bersifat pemalu. Sebagai contoh, ia tidak akan menyusukan anaknya jika dilihat oleh orang lain. Kebiasaannya, ibu arnab akan menyusukan anak-anaknya dua kali sehari iaitu pada tengah malam dan awal pagi. Pemilik arnab dinasihatkan untuk memantau anak-anak arnab secara kerap supaya dapat memastikan keadaan anak-anak arnab tersebut.
  • Kami menyarankan supaya ibu arnab tersebut diberi alfalfa hay supaya dapat meningkatkan kadar pengeluaran susu.

29 comments:

  1. Assalammualaikum. Sy ingin bertanya, selama manakah anak arnab harus diberikan susu ibunya? (sehingga usia berapa minggu?)

    ReplyDelete
  2. Salam.. Arnab sy baru lps melahirkan anak 2 ekor tapi semua mati adakah ada kesan dgn susu si ibu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubu mungking maru pertama kali melahir ka itu sebab nya dia mati arnab saya pon macam tu dah 2 kali beranak dh����

      Delete
  3. Arnab saya baru lahir kan anak...masalah nya sekarang ibu nya hilang...bagaimana hendak menggantikan susu ibu arnab atau ada alternatif lain...

    ReplyDelete
  4. Arnab sya baru melahirkn anak tapi selepas ibu arnab dia telah membunuh ank arnab dan sya telah mengasingkn anak arnab dengan ibu arnab apa yg harus sya lakukan?

    ReplyDelete
  5. Arnab saya bru mlahirkn anak tpi seekor itupn dah mati. Saya x tau pn dia nak brnak krna arnab saya x mncabut bulu langsung.. Soalan saya.. Arnab brnak seekor jer ke? is it normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia akan branak dlam 7 ke 5 ekor skali branak

      Delete
  6. Arnab saya perlu ke asing kan jantan dengan betina selepas melahai kan anak

    ReplyDelete
  7. Assalam,saya dh cube bt seperti yg diatas ttpi masih x jdi skarang bby arnabnye dh lemah ape patut saya bt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. arnab jantan n betina kena asingkan after betina beranak. kena make sure ibu bagi anak susu. kalau tak bagi kita pegang ibu dia dah letakkan anak2 pada susu ibunya..ada ibu arnab muda yang tidak tahu utk susukan anak.tangan kita after pegang anak arnab gosok2kan kt hidung ibu arnab utk bagi dia bau yang sama. biasa ibu arnab ignore anaknya jika bau lain.

      Delete
  8. As salam....bulu2 putih untuk letak tpt beranak tu nak dapatkan kat mana ye? yg mcm kapas tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulu2 putih bulu ibu arnab tu..time nk beranak dia akan cabut bulu2 dia..dkt2 ibu arnab nk beranak sediakan kotak atau bekas utk dia beranak dlm tu

      Delete
  9. Arnb saya baru beranak smlm. So saya nk tau smpai bila c ibu dgn c jntan tu kena pisahkan? Nak kene tnggu smpai ank dia genp mnggu atau bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa sebulan atau lebih..nk ng ibu rehat lama asingkan lama skit..

      Delete
  10. Arnab saya beranak 8 ekor. 2 mati keesokan harinya. Pagi2 tngok dah jadi bangkai 2 ekor. 1 ekor mati kena makan. Kenan jugak tengok dia tengah makan anak dia.

    Nak tanya, apa yang perlu saya lakukan? Asingkan ibu dengan anak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Kejam* jugak tengok dia tengah makan anak dia.

      Delete
  11. Arnab saya beranak 8 ekor. 2 mati keesokan harinya. Pagi2 tngok dah jadi bangkai 2 ekor. 1 ekor mati kena makan. Kenan jugak tengok dia tengah makan anak dia.

    Nak tanya, apa yang perlu saya lakukan? Asingkan ibu dengan anak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ms sy bela arnab dlu sy xpnh asingkn ibu dan anak sbb ibu akan susukan anak dia..kdg2 anak mati sbb xckp kuat..kita mgkn nmpk ibu dia mkn sbb tu salah satu sumber protein dia if sy xsilap la..anak arnab jgn kita pegang..kalau ibu dia bau anak dia lain xblh jgk..kalau pegang kna gosok2 tgn kita kt hidung ibu arnab bg bau sama..

      Delete
  12. boleh ke anak arnab yg baru lahir, minum susu dari ibu arnab lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.facebook.com/735825750/posts/10159295164475751/

      Delete
  13. Arnab saya tak pandai menjaga anak dia .. jadi saya asing kan anak dia .. saya memberi anaknya minum susu yang dibeli di kedai haiwan .. apakah patut ? Kerana ini kali ke empat dia melahirkan

    ReplyDelete
  14. Arnab sy plak beranak seko jerk.. Sy da pegang ank dia td.. Da bg cium pon kt idong dia tgn bekas sy pegang anak nye tu tp.. Dia tendang plak smpai trpelanting.. Jd anak nya sy ambik bg dia susu formula haiwan... Alhamdulillah.. Dia mnum.. Cme soalan sy.. Brp kerap nk susukan dia?? Sb dia mnum susu formula??

    ReplyDelete
  15. Boleh ker bagi ibu arnab tuh Timothy Hay dan dedak sahaja....uphavit skali...tapi X bagi alfafa...boleh ker

    ReplyDelete
  16. Arnab saya beranak 3 ekor...normal ker?

    ReplyDelete
  17. Hai saya nak tanya arnab saya baru melahirkan.dalam sangkar ada dua ekor arnab bagaimana saya mahu tahu anak siapa?

    ReplyDelete